ReviewMe

05 April 2011

PUDING ROTI KARAMEL

Puding Roti Karamel photo by Elly Salleh
Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan untuk menyediakan Puding Roti Karamel untuk hidangan minum petang keluarga saya. Dari pagi anak-anak asyik tanya je... apa mama nak masak hari ni? Saya pun belek-belek buku cari resepi yang boleh direalisasikan di dapur saya. Last2 jumpa resepi yang amat simple ni.. bila tanya anak2... semuanya dengan bersemangat nak tolong mama masak katanya... Korek punya korek bahan-bahan kat dapur tu... susu cair pulak takde... mmmm no hal lah... jap lg start enjin keta... vrommmm gi kedai jap sambar susu cair.. sementara tu.. bahan-bahan yang lain semua dah ada. So, saya buatlah puding tu dulu... bila dah masukkan puding dalam oven.. saya pun sambar kunci keta.. ajak si cilik aziq ke kedai beli susu cair. Happy dia sebab dapatlah dia 'pow' mama beli jajan @ mainan.... aziq ooohhh aziq...

Jom kita bikin puding roti...bahan-bahan yang diperlukan untuk puding roti ni:

BAHAN A

  • 2 cawan susu segar
  • 8 keping roti putih

BAHAN B
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung jagung

BAHAN C
  • 2 sudu makan kismis hitam

Dah cukup bahan-bahan di atas tu, bolehlah kita mulakan proses untuk membuat puding roti tersebut. Cara nak buatnya:
  1. Koyak-koyakkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 1/2 jam.
  2. Kacau dan gaulkan hingga sebati Bahan B.
  3. Campurkan Bahan B ke dalam adunan roti yang direndam dalam susu. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan kismis ke dalam adunan dan tuangkan ke dalam loyang.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit ataupun sehingga masak.
Puding Roti Karamel photo by Elly Salleh
Sementara menunggu puding roti di dalam oven masak, saya pun lari ke kedai kejap untuk membeli susu cair sebagai bahan untuk menyediakan sos kastard / karamel. Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos tersebut seperti berikut:
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula
Cara menyediakannya pula amat mudah sekali. Campurkan semua bahan tersebut ke dalam periuk dan masakkan di atas api yang sederhana kecil. Bila agak-agak dah okey kuah tu...angkat dan ketepikan.

Bila nak makan.. tuangkan saja sos kastard tu di atas puding roti yang kita dah bakar tadi... mmmm... yummy.... semua anak2 saya menggemarinya... cubalah...


Regards,

Elly's Kitchen







KEK MOCHA KUKUS

Hari Jumaat lepas sempat gak saya buat kek ni setelah bahan2 tu dok tersimpan selama seminggu di peti azimat saya. Sebaik sahaja selesai makan tengah hari bersama anak-anak... saya pun mulalah keluarkan semua bahan-bahan untuk mencuba resepi baru ni. Anak-anak lah yang paling suka sebab diorang sibuk nak menolong.. masing-masing berebut nak buat itu ini...
Kek Mocha Kukus photo by Elly Salleh
BAHAN A
  • 250 gm mentega
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu makan nescafe
  • 1/2 cawan susu manis

Kek Mocha Kukus photo by Elly Salleh
BAHAN B
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan kukusan.
  2. Campurkan semua Bahan A ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana sehingga sebati. Kemudian ketepikan.
  3. Dalam bekas berasingan, pukul Bahan B sehingga sebati.
  4. Ayakkan Bahan C dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam Bahan A. Kacau sebati.
  5. Masukkan campuran Bahan B dan kacau hingga sebati.
  6. Tuankan adunan ke dalam loyang / acuan bersesuaian.
  7. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana.
  8. Hiaskan dengan krim keju dan buah-buahan koktail.

Dan itulah hasilnya kek mocha kukus yang saya hasilkan (gambar di atas). Walaupun hiasan tak cantik (almaklumlah saya tak berapa pandai nak menghias) tapi rasanya cukup memuaskan hati.... keknya gebu dan sangat lembut... sedap!!!!


Regards,

Elly's Kitchen

04 April 2011

KANGKUNG GORENG BELACAN

Semalam oleh kerana bibik takde di rumah (gie menghabiskan masa dengan maknya yang akan pulang ke Medan Jumaat ni)... saya pun masak yang simple-simple je untuk makan tengahari bersama suami dan anak-anak. Almaklumlah takde pembantu nak tolong sediakan bahan-bahan nak masak... jadi dengan kelam kabut nak layan Baby Riana lagi... saya capai je apa yang ada dalam peti azimat saya tu. Kebetulan dalam peti sejuk ada sayur kangkung yang saya beli di pasar malam di Kundang kelmarin. Apa lagi...jomlah kita masak pula sayur kangkung goreng belacan kegemaran roomate saya nie...
Kangkung Goreng Belacan photo by Elly Salleh
Bahan-bahan yang diperlukan:

BAHAN A
  • 1/2 kg kangkung
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

BAHAN B (Ditumbuk)
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci belacan
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

CARA MEMBUATNYA
  • Kangkung dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian tuskan airnya.
  • Panaskan minyak dan tumiskan Bahan B sehingga wangi.
  • Masukkan kangkung dan garam. Kacau rata.
  • Hidangkan.
Kangkung Goreng Belacan photo by Elly Salleh











Regards,


Elly's Kitchen

JOM KE DAPUR SAYA...

Jom jenguk ke dapur saya.... apa agak-agaknya yang ada di dapur saya ye...
Rasa-rasanya apa yang ada di dapur saya sama sahaja dengan dapur di rumah orang lain.. Antara peralatan yang saya gunakan untuk berperang di dapur saya ialah :


KUALI - berfungsi untuk memasak cara menggoreng. Boleh juga digunakan sebagai kukusan tetapi hendaklah meletakkan lapisan kukusan dengan baik supaya tidak mudah senget.
Kuali



KUALI ANTI LEKAT - Berfungsi untuk menggoreng makanan. Boleh juga digunakan untuk membakar ikan atau ayam atau daging. Tidak perlu gunakan minyak yang banyak.
Kuali Anti Lekat


PAN GORENG - Berfungsi bagi menggoreng ikan, ayam ataupun sayuran.
Pan Goreng

PERIUK NASI (RICE COOKER) - Berfugsi bagi memasak nasi tetapi boleh juga dijadikan periuk masakan jika kehabisan gas ataupun tiada kemudahan gas untuk memasak.
Periuk Nasi

PENGADUN (MIXER) - Berfungsi bagi mengadun bahan-bahan membuat kek ataupun kuih-muih dalam laras yang berbeza.
Pengadun

LESUNG BATU - Berfungsi bagi menumbuk sambal belacan, bawang, cili dan sebagainya.
Lesung Batu

SPATULA - Berfungsi bagi menggaulkan bahan campuran kek.
Spatula

PEMUKUL TELUR (WHISKER) - Berfungsi bagi memukul telur ataupun bahan campuran yang cair untuk pankek.
Pemukul Telur (Whisker)

PENYEPIT - Berfungsi bagi membalik-balikkan lauk semasa proses menggoreng ataupun membakar.
Penyepit

SENDUK - Berfungsi untuk masakan berkuah dan menceduk makanan.
Senduk

SENDUK KAYU - Berfungsi untuk mengadun bahan campuran tepung semasa membuat kek dan juga untuk masakan lain.
Senduk Kayu

SENDUK SPAGETI - Berfungsi untuk menyenduk spageti.
Senduk Spageti

SUDIP - Berfungsi untuk menggoreng dan terbalikkan bahan gorengan atau masakan.
Sudip

PISAU - Berfungsi untuk memotong sayur-sayuran, buah-buahan, makanan dan bahan-bahan masakan.
Pisau

PISAU KUPAS BUAH - Berfungsi untuk mengupas kulit buah, kentang, timun dan sebagainya.
Pisau Kupas Buah

Hah!!!! itulah antara perkakasan yangada di dapur saya... banyak lagi yang ada di dapur tu... insyallah akan saya 'update' dari semasa ke semasa....






Regards,


Elly's Kitchen


01 April 2011

KERABU TOMATO

Kerabu Tomato photo by Elly Salleh

BAHAN A

  • 3 biji tomato (dihiris kasar)
  • 1 cawan ikan bilis
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 50 gram daun pudina
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN B
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 2 biji bawang merah
Kerabu Tomato photo by Elly Salleh

CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian toskan minyak dan ketepikan.
  2. Gaulkan rata semua bahan.
  3. Perahkan limau dan taburkan ikan bilis goreng.
  4. Hidangkan




Regards,

Elly's Kitchen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...