Puding Roti Karamel photo by Elly Salleh |
Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan untuk menyediakan Puding Roti Karamel untuk hidangan minum petang keluarga saya. Dari pagi anak-anak asyik tanya je... apa mama nak masak hari ni? Saya pun belek-belek buku cari resepi yang boleh direalisasikan di dapur saya. Last2 jumpa resepi yang amat simple ni.. bila tanya anak2... semuanya dengan bersemangat nak tolong mama masak katanya... Korek punya korek bahan-bahan kat dapur tu... susu cair pulak takde... mmmm no hal lah... jap lg start enjin keta... vrommmm gi kedai jap sambar susu cair.. sementara tu.. bahan-bahan yang lain semua dah ada. So, saya buatlah puding tu dulu... bila dah masukkan puding dalam oven.. saya pun sambar kunci keta.. ajak si cilik aziq ke kedai beli susu cair. Happy dia sebab dapatlah dia 'pow' mama beli jajan @ mainan.... aziq ooohhh aziq...
Jom kita bikin puding roti...bahan-bahan yang diperlukan untuk puding roti ni:
BAHAN A
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih
BAHAN B
- 4 sudu makan gula halus
- 2 sudu makan mentega
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu makan tepung jagung
BAHAN C
- 2 sudu makan kismis hitam
Dah cukup bahan-bahan di atas tu, bolehlah kita mulakan proses untuk membuat puding roti tersebut. Cara nak buatnya:
- Koyak-koyakkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 1/2 jam.
- Kacau dan gaulkan hingga sebati Bahan B.
- Campurkan Bahan B ke dalam adunan roti yang direndam dalam susu. Gaul hingga sebati.
- Masukkan kismis ke dalam adunan dan tuangkan ke dalam loyang.
- Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit ataupun sehingga masak.
Puding Roti Karamel photo by Elly Salleh |
Sementara menunggu puding roti di dalam oven masak, saya pun lari ke kedai kejap untuk membeli susu cair sebagai bahan untuk menyediakan sos kastard / karamel. Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos tersebut seperti berikut:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan gula
Cara menyediakannya pula amat mudah sekali. Campurkan semua bahan tersebut ke dalam periuk dan masakkan di atas api yang sederhana kecil. Bila agak-agak dah okey kuah tu...angkat dan ketepikan.
Bila nak makan.. tuangkan saja sos kastard tu di atas puding roti yang kita dah bakar tadi... mmmm... yummy.... semua anak2 saya menggemarinya... cubalah...
Regards,
Elly's Kitchen
No comments:
Post a Comment