ReviewMe

23 March 2011

BANGI KOPITIAM - SUNGAI BULOH



Tempat ini adalah antara favourite place untuk kami se'family' bersantai/ngeteh (kata orang jawa). Biasanya selepas kerja, saya & suami akan lepak di sini sambil melayari internet (almaklumlah wifi free). Sambil2 tu saya akan oder segelas 'volcano lava tea' untuk saya dan segelas (besar) teh tarik untuk cik abang saya dan juga tak lupa...roti bakar...


Roti Bakar

Anak-anak kami pun gemar bertandang di sini. Bak kata anak ke-3 saya (Eziq) setiap kali melalui kawasan tersebut ... Mama.. jom kita gi minum kat "Kotiam". Suka sangat dia ke tempat tu... sebabnya dia dapat mkn  sosej kegemarannya..


3 orang permata hatiku - Aina, Hakim & Haziq
Fish Cake
Sosej
Banyak makanan yang boleh dipilih sebagai juadah bila berkunjung ke sini seperti :

Cendol Blended
Cendol Kacang
Kueteow Goreng
Rasanya tak rugi berkunjung ke sini kerana tempat pun selesa.. servis okey.. parking amat mudah.. dan sekiranya ingin membeli belah.. The Store Sungai Buloh terletak berhampiran dengannya.


Regards,
Elly's Kitchen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...