Hari Jumaat lepas, saya bersama suami & dua orang anak lelaki kesayangan kami telah menghabisan waktu petang kami dengan membersihkan rumah ke-2 kami di Prima Damansara.
Emran Haziq & Emran Hakim |
Almaklumlah penyewa lama dah tinggalkan rumah tersebut bak tongkang pecah. Jadi terpaksalah kami meng"over haul" rumah tu kerana ada penyewa baru nak datang melihat2 rumah tu. Alhamdulillah setelah hampir 4 jam kami berjaya membersihkan rumah kami itu. Sampah jangan cerita la...mak oooiiii... ada lah dlm 7 plastik sampah (besar), tv rosak, meja rosak, rak reput dan bermacam2 khazanah lagi yang diorang tinggalkan macam tu je masa tinggalkan rumah kami. Tu belum lagi dengan kerja2 menyental bilik air dan dapur yang dah hitam berkarat. Ditambah pula dengan tombol pintu bilik pun dah tanggal dan beberapa soket yang pecah. Geleng kepala saya bila fikir2 lebih elok dan pembersih penyewa pertama (lelaki bujang 2 beradik) kami dulu dok menyewa daripada penyewa kedua (minah2 kilang) yang baru meninggalkan rumah tersebut. Ingatkan sewakan kt pompuan ni rumah lebih terjaga... tapi hampeh... lagi teruk rupa2nya. Harap-harap bakal penyewa kami yang akan datang ni dapatlah jaga rumah kami dengan elok.
Cappuccino + Espresso + English Tea |
Diringkaskan cerita, selepas penat menyental, mencuci, menyapu, membaikpulih, membuang sampah dan macam2 lagilah.. saya selaku penaja rasmi pada petang tersebut telah membawa hero2 saya yang dua orang tu bersama suami untuk ke Secret Recipe di Bandar Baru Sungai Buloh untuk menjamu perut kami yang kelaparan makan malam sebelum pulang ke rumah.
Spaghetti Meatball Bolognaise |
Grilled Black Pepper Chicken Chop |
Seperti biasa my darling akan meng'order' makanan kegemarannya ini Spaghetti Meatball dan Grilled Black Pepper Chicken Chop berserta English Tea. Saya pun ikut sama memilih Grilled Black Pepper Chicken Chop dan Espresso sebagai hidangan saya.
Kid's Fish & Chips |
Manakala dua orang hero kami tu memilih Kid's Fish & Chips berserta Cappuccino dan pepsi (tiada dalam gambar) sebagai hidangan mereka. Manakala sebagai dessert pula kami sepakat memilih kek Chocolate Indulgence dan Pecan Butterscotch sebagai pilihan.
Chocolate Indulgence & Pecan Butterscotch |
Walaupun harganya boleh tahan mahalnya... tapi kami tetap happy sebab dah penat mengemas rumah dapat pulak makanan yang enak dan betul2 mengenyangkan. Alhamdulillah.... burppp!!!!
Tapi tempat ni tak boleh lah nak pegi selalu sebabnya ada la yang badan sekerempeng terus jadi bulat kalau asyik makan kat sini je...
Regards,
ELLY'S KITCHEN
Yummy...yummy... Nak gi lagi, bila mam nak belanja Kenny Rogers, Mac Donald, KFC atau Pizza Huts utk seterusnya aktiviti Jalan2 Cari Makan.
ReplyDelete'theFLAME
The PhotoBlogger