Resepi ini baru pertama kali saya cuba untuk hidangan makan tengahari pada hari ini. Mmmm... ok juga rasanya dan bolehlah dicadangkan kepada sesiapa yang sedang mencari-cari resepi untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Saya menggunakan daging untuk masakan ini. Tetapi boleh juga menggunakan ayam ataupun makanan laut untuk mencuba kelainan pada masakan tersebut. Kepada yang berminat bolehlah mencubanya yer...
Daging Masak Sambal Kicap |
BAHAN A
- 1/2 kg daging
- 1 batang serai (dititik)
- 5 helai daun limau purut (dikoyak)
- 3 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan kicap
- 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
- 1/2 cawan minyak masak
- Garam (sekiranya perlu)
BAHAN B (Dikisar)
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT
- Daging dipotong kecil (nipis-nipis), basuh dan tuskan airnya.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
- Masukkan daging dan kacau. Biarkan sehingga daging lembut dan pecah minyak.
- Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan bawang besar yang dipotong gelang.
- Masakkan sehingga pecah minyak.
- Hidangkan.
Regards,
ELLY'S KITCHEN
No comments:
Post a Comment